barakah corner
cerita

Cerita kami

8272 Barakah Corner sudah mula bertapak di dalam industri sejak 2017. Bermula dari hanya warung kecil sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah sudah 5 tahun kami sajikan masyarakat dengan makanan dan perkhidmatan yang berkualiti.

Roti Canai Merecik merupakan signature dish kami. Dalam bersaing dengan restoran-restoran lain kami perlu berfikir luar kotak bagi menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Setelah R&D selama 3 bulan maka terciptalah sebuah idea iaitu membungkus telur dan ayam cincang dengan doh roti canai.

Penerimaan masyarakat juga sangat memberangsangkan, di mana rata-rata mereka menyukai hidangan ini. Lebih menarik lagi Roti Canai Merecik telah mendapat perhatian media lalu mereka membuat liputan. Antara media tersebut ialah Wanita Hari Ini (TV3) dan MyMakanTV.